ARTIKEL

Lebih sejuta warga HK sambut 2020 dengan protes

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HONG KONG: Lebih sejuta penduduk Hong Kong turun ke jalanan pada Hari Tahun Baharu, sekali gus menyaksikan kekacauan yang berlaku selama lapan bulan sebelum ini akan berlanjutan sehingga memasuki tahun 2020, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Satu perhimpunan besar-besaran diadakan di Victoria Park, menurut pertubuhan bukan berasaskan keuntungan tempatan Barisan Hak Asasi Manusia Sicil (CHRF).

Penunjuk perasaan menyekat penghadang di seluruh bandar raya itu selepas polis memberkas 10 individu dalam usaha mereka membendung demonstrasi tersebut.

Tunjuk perasaan di Hong Kong — sebuah wilayah autonomi di bawah China sejak 1997 — telah dicetuskan oleh langkah kerajaan menghalalkan ekstradisi ke tanah besar China.

Rang undang-undang itu kemudian ditarik balik.

Bagaimanapun, tunjuk perasaan terus memuncak dan mencetuskan desakan agar siasatan berhubung dakwaan keganasan polis dilakukan, aktivis yang ditahan dibebaskan dan istilah rasmi “rusuhan” yang digunakan bagi demonstrasi yang sedang berlangsung itu ditarik balik. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan