ARTIKEL

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Lebuh Raya Pan Borneo: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion selenggara ‘redline’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memohon peruntukan sekitar RM1 bilion bagi menyelenggara laluan ‘redline’ melibatkan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB), kata Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata ‘redline’ yang membawa maksud laluan asal sedia ada, yang dibina sebelum pembinaan LPB, perlu dinaik taraf agar mengikut standard projek mega berkenaan.

“’Redline’ ini memang perlu kita sempurnakan, lebih kurang 140 kilometer, tapi sudah sekian lama ia (redline) tidak dibina sebagai LPB.

“Jadi sekarang (jalannya) sudah rosak, jadi perlu kita sempurnakan ikut standard LPB.

“Sekarang kami di KKR tengah berusaha nak bagaimana nak mohon kewangan untuk kita bina semulalah ‘redline’ itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Terbuka Gawai di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Pada April lalu, Nanta dalam kenyataannya berkata jajaran ‘redline’, yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak, akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Sibu, Bintulu, Julau dan Miri. – BERNAMA

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu