ARTIKEL

Lee Junho, Siti Nurhaliza hangatkan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia) meraikan ulang tahun ke-12 menerusi CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026 di Stadium Merdeka di sini, yang dihadiri hampir 15,000 pengunjung.

Konsert itu menampilkan Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho; Duta CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong; serta Sahabat CSR CUCKOO, 菲道尔 Firdhaus, selain menyaksikan penyampaian Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 dan Anugerah Penghargaan CUCKOOTOPIA 2026.

“Dua belas tahun lalu, kami menyemai benih dengan satu impian yang jelas, iaitu untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan bahagia.

“Buat pelanggan kami, terima kasih kerana menerima kehadiran kami di kediaman anda dengan hati terbuka untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.

“Apabila kami melangkah ke hadapan, kami mahu menjangkau lebih banyak kediaman dan membuka lebih banyak peluang untuk orang ramai berkembang bersama kami,” kata Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon, dalam ucaptamanya.

Menurut syarikat itu, hasrat tersebut diterjemahkan menerusi Struktur Rakan Jualan Bersekutu (ASP) yang dilancarkan pada 1 Oktober lalu.

Struktur itu membuka platform syarikat kepada lebih banyak perniagaan bebas serta memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai pasukan jualan ASP.

Konsert itu turut menampilkan barisan artis seperti ELLA, Faizal Tahir, Hujan, Jeryl Lee, Jaclyn Victor, MIMIFLY, 3P, ALPHA serta artis jemputan dari Taiwan, Trevor Kuo.

Firdhaus dan Siti Nurhaliza berduet membawakan Be Like Water 像水一样, iaitu lagu tema CSR CUCKOO Malaysia yang dilancarkan tahun ini.

Siti Nurhaliza kemudian bergandingan dengan Jaclyn Victor dan Phei Yong untuk menyanyikan SAMA-SAMA, iaitu lagu tema CUCKOO Malaysia.

Lee Junho pula tampil di pentas mengenakan sut merah manggis bersama sapu tangan batik, selaras dengan kod pakaian acara, iaitu “Batik Bunga”.

Konsert itu berakhir dengan acara memotong kek ulang tahun dan pertunjukan bunga api.

Pada majlis yang sama, pemenang empat kategori AMT 2026 turut diumumkan.

Pemenangnya ialah Keluarga Ain Edruce & Amirul (Keluarga Selebriti Terhangat), Alif Satar (Selebriti Fit Terhangat), Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Selebriti Chemistry Terhangat) dan Dior Tan (Selebriti Mandarin Terhangat).

Menerusi Anugerah Penghargaan CUCKOOTOPIA 2026, syarikat itu mengiktiraf warga kerjanya.

Antara penerimanya ialah Chong Set Ling, Mohd Irman Mohd Sabirin, Mohd Hanafi Peli dan Zaza Maihazra Zaman.

Anugerah Kecemerlangan Sokongan Operasi CUCKOO pula diterima oleh Azril Effi Mohd Rafie, Leong Pui Wai, Ng Jing Xuan dan Norfauziana Ismail.

Hoe menyifatkan segala pencapaian syarikat sebagai hasil sokongan padu pelanggan, pekerja dan rakan kongsi.

“Di sebalik setiap pencapaian, terdapat insan-insan yang merealisasikannya… Terima kasih atas segalanya,” ujar beliau.

Konsert itu dijayakan dengan kerjasama beberapa rakan kongsi, termasuk TV3 dan 8TV selaku media rasmi.

Ia juga dianjurkan bagi menyokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), dengan CUCKOO Malaysia sebagai rakan strategik rasmi kempen tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU