ARTIKEL

Lee Min Ho kehilangan Choco

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON popular Korea Selatan, Lee Min Ho, berdepan detik duka apabila anjing peliharaannya yang tercinta, Choco, telah menutup mata buat selamanya. Min Ho berkongsi berita sedih itu menerusi satu hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini.

Menurut Min Ho, Choco telah menemaninya selama 16 tahun, menjadi sahabat setia yang penuh kenangan sepanjang tempoh tersebut.

Hubungan mereka yang akrab menjadikan pemergian Choco satu kehilangan besar dalam hidup aktor berusia 38 tahun itu “Choco, anjing kesayangan saya, sudah mati selepas 16 tahun kami bersama.

Saya harap masa yang saya lalui bersama Choco penuh bahagia.

Terima kasih kepada semua yang menyayangi Choco,” tulisnya penuh emosi.

Dalam perkongsian tersebut, Min Ho turut memuat naik beberapa foto kenangan manis bersama Choco.

Antaranya termasuk gambar mereka di dalam kereta serta saat santai di rumah yang jelas memperlihatkan ikatan kasih sayang yang mendalam antara mereka.

Peminat dan rakan selebriti tidak ketinggalan meninggalkan ucapan takziah serta kata-kata semangat buat Min Ho.

Ramai yang turut tersentuh dengan kehilangan tersebut, memandangkan Choco sering muncul dalam momen peribadi aktor itu di media sosial.

Di sebalik kesedihan itu, Min Ho terus mengukir langkah dalam kerjaya seni apabila bakal muncul dengan fi lem terbaharu, Omniscient Reader: The Prophecy, yang dijadualkan ditayangkan pada 23 Julai ini.

Filem ini menandakan kemunculan semula Min Ho ke layar perak selepas beberapa tahun aktif dalam drama bersiri dan projek antarabangsa.

Peminat pastinya tidak sabar menyaksikan lakonan terbaharu Min Ho, sambil mengenang memori indah bersama Choco yang kini telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup bintang kesayangan ramai ini.

BERITA LAIN

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di

Shuib Sepahtu tampil mohon maaf

PELAWAK Shuib Sepahtu mengambil tanggungjawab atas ketegangan yang berlaku antara dirinya dengan rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu, apabila tampil memohon maaf secara terbuka selepas hampir seminggu

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat