ARTIKEL

LEGEND UNIVERSAL BEAUTY PAGEANT 2025 satukan dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR menjadi tumpuan dunia apabila Legend Universal Beauty Pageant 2025 melabuhkan tirai dengan kemuncak acara yang penuh prestij, berlangsung dari 26 November hingga 1 Disember lalu di Monkey Canopy, Kuala Lumpur.

Pertandingan ini semakin mendapat perhatian antarabangsa, sekali lagi mengukuhkan reputasinya sebagai platform global yang meraikan kecantikan, bakat, dan kepelbagaian budaya.

Perkara yang menjadikan edisi tahun ini begitu istimewa adalah penyertaannya yang luar biasa luas, daripada kanakkanak seawal usia lima tahun hingga wanita matang berusia lewat 60-an bagi kategori Mrs Elite.

Ini membuktikan bahawa kecantikan bukan hanya milik satu usia, tetapi milik semua peringkat kehidupan.

Sepanjang minggu pertandingan, para finalis dari pelbagai negara menjalani jadual padat yang merangkumi sesi latihan, persembahan kebudayaan, tugasan advokasi, serta pelbagai aktiviti pembangunan diri.

Setiap peserta, termasuk dari Borneo, bukan hanya tampil menawan dari segi personaliti dan gaya, tetapi juga membawa misi serta nilai yang ingin diketengahkan kepada masyarakat.

Dalam acara kemuncak Legend Universal Beauty Pageant 2025, gelaran Grand Champion / Miss dimenangi oleh Nguyen Ky AnhThu dari Vietnam, manakala kategori Mrs diraih oleh Sariya Ng dari Malaysia. Bagi kategori Klasik, pemenangnya ialah Penny Chen dari Taiwan, diikuti dengan Jenny Tung dari Taiwan yang memenangi kategori Elite.

Sementara itu, People’s Award Champion disandang oleh Zhāng Qiáo Yīn dari Taiwan, menambahkan lagi senarai finalis yang berjaya mencuri perhatian juri dan penonton.

Kemuncak acara mencetuskan keterujaan dengan persembahan bertaraf dunia serta pertunjukan fesyen malam yang memukau.

Barisan finalis mempamerkan keyakinan dan gaya tersendiri sebelum seorang ratu dinobatkan sebagai Legend Universal Queen, membawa bersama tanggungjawab sebagai ikon global dalam misi kemanusiaan dan peranan sebagai duta budaya.

Pengasas pertandingan, Maggie Leong, melahirkan rasa terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak yang terlibat.

“Kami amat menghargai sokongan barisan tetamu kenam

Tanpa mereka, mustahil untuk kami mencapai kejayaan yang begitu bermakna ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dengan kombinasi kecantikan, kecerdasan, keberanian dan kepelbagaian budaya, Legend Universal Beauty Pageant 2025 bukan sekadar pertandingan ratu cantik.

Ia adalah pentas yang menyatukan dunia melalui inspirasi, aspirasi dan kemanusiaan. Negara-negara yang terlibat dalam Legend Universal termasuk Taiwan, Hong Kong, China, Malaysia, Indonesia, Filipina, Amerika Syarikat, Rusia, Australia, Thailand, India, Cameroon, Nigeria, Sri Lanka, Bangladesh dan Jepun.

Satu perkara pasti, pertandingan akhir kali ini bakal menjadi antara acara paling berpengaruh dan memukau dalam kalendar kecantikan antarabangsa.

BERITA LAIN

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU