ARTIKEL

Tangkap Layar Instagram

Legenda gusti Hulk Hogan Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Legenda gusti profesional Hulk Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea, meninggal dunia pada usia 71 tahun di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Jabatan Polis Clearwater memaklumkan bahawa pegawai polis dan anggota bomba telah bertindak balas terhadap panggilan kecemasan perubatan melibatkan Hogan pada waktu pagi. Beliau disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan.

Tiada punca rasmi mengenai kematiannya diumumkan setakat ini; namun, portal hiburan Amerika TMZ melaporkan ia disebabkan serangan jantung.

World Wrestling Entertainment (WWE) menerusi hantaran di platform X turut merakamkan ucapan takziah. “WWE berdukacita menerima berita pemergian WWE Hall of Famer Hulk Hogan. Seorang daripada tokoh budaya pop paling dikenali, Hogan membantu WWE mencapai pengiktirafan global pada era 1980-an,” menurut kenyataan itu.

Presiden AS Donald Trump turut memberi penghormatan kepada Hogan, yang disifatkannya sebagai “sahabat baik” dan mengambil maklum sokongan politik Hogan. “Hulk Hogan merupakan penyokong kuat MAGA – gagah, tabah, bijak, namun berjiwa besar,” tulis Trump di Truth Social.

Hogan menjadi antara ikon budaya pop paling terkenal dan membantu WWE mencapai pengaruh global pada tahun 1980-an melalui fenomena “Hulkamania”. Beliau meraih enam kejuaraan WWE termasuk rekod mempertahankan gelaran selama 1,474 hari – antara yang terpanjang dalam sejarah syarikat itu.

Selain dunia gusti, Hogan turut muncul dalam filem termasuk “Rocky III” dan “No Holds Barred”.

— BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai