ARTIKEL

Lelaki 25 tahun maut terjatuh dari balkoni hotel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki ditemui berlumuran darah di tingkat bawah sebuah hotel di Bayan Lepas semalam, dipercayai akibat terjatuh dari balkoni biliknya di tingkat 23 seperti dilapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad, menyatakan mangsa, lelaki tempatan berusia 25 tahun dari Bayan Lepas, ditemui seorang pekerja hotel pada 6.40 pagi.

Polis menerima maklumat tentang kejadian itu pada 7.13 pagi, manakala siasatan awal menyebut mangsa disyaki terjatuh dari balkoni biliknya.

Pemeriksaan forensik di lokasi dan pada tubuh mangsa pula tidak menemui sebarang unsur jenayah, menurut kenyataan polis semalam.

Bedah siasat Pakar Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang mendapati mangsa cedera parah pada kaki, badan dan kepala, lalu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka untuk siasatan lanjut.

BERITA LAIN

100 unit rumah SPK dibina di Samariang Batu

KUCHING: Seramai 100 keluarga di Samariang Batu bakal mendapat manfaat menerusi pembinaan rumah mampu milik di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK), sekali gus membuka peluang

BERITA TERBARU