ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki 27 tahun cedera dalam kemalangan dengan MPV polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Seorang lelaki cedera selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta peronda polis (MPV) di persimpangan lampu isyarat Padang Jawa menghala ke Seksyen 16, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata dalam kejadian pada jam 6.19 petang itu, kereta peronda berkenaan dalam perjalanan dari arah Jalan Sungai Rasau menuju ke Seksyen 19 untuk ke lokasi Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999.

“Setibanya di persimpangan lampu isyarat Padang Jawa dalam keadaan memasang lampu beacon (mata arah) dan siren, MPV polis telah dilanggar oleh motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 27 tahun dari arah Jalan Padang Jawa.

“Pelanggaran itu mengakibatkan penunggang motosikal cedera pada bahagian tulang pinggul serta mengalami luka di tangan. Lelaki tersebut dirawat di Hospital Shah Alam, manakala anggota MPV yang bertugas tidak mengalami kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan siasatan dalaman turut dijalankan bagi mengenal pasti jika terdapat unsur kecuaian dalam kalangan anggota polis.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Insp Zaharizul Zamri di talian 019-3229097 bagi membantu siasatan,” katanya.— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU