ARTIKEL

Lelaki 33 tahun ditangkap, disyaki rogol teman wanita berusia 15 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan pihak polis semalam selepas disyaki merogol teman wanitanya yang berusia 15 tahun telah sehingga mengandung 20 minggu 2 hari.

Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superitenden Sulin Brayun berkata, pihaknya menerima aduan daripada petugas Klinik Kanowit yang memaklumkan mangsa iaitu remaja perempuan bawah umur didapati mengandung hasil hubungan intim dengan teman lelakinya.

“Mangsa mengatakan telah beberapa kali melakukan hubungan intim dengan teman lelakinya di ruang tamu dan bilik tidurnya di sebuah rumah panjang di Pakan sejak Februari lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pada 26 Oktober pemeriksaan yang dibuat di Klinik Kanowit mendapati mangsa sudah hamil 20 minggu 2 hari.

“Seterusnya semalam sekitar jam 2.25 petang, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Julau telah menahan teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua ibu bapa untuk sentiasa memantau pergerakan anak-anak memandangkan jenayah rogol terutamanya melibatkan remaja bawah umur kini agak membimbangkan.

“Kebanyakan kes yang dikesan berlaku kerana suka sama suka tetapi apabila melibatkan situasi bawah umur ia dikategorikan sebagai kes rogol,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,