ARTIKEL

Lelaki 51 Tahun Hilang Di Kebun Rantau Dilang, Operasi SAR Diperluas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Seorang lelaki berusia 51 tahun masih hilang sejak semalam selepas dipercayai keluar ke kebunnya di Rantau Dilang dekat sini bersama-sama dua ekor anjing.

Komander operasi, PBK I Muhd Sufyian Abdullah berkata mangsa, Alam Entri dilaporkan meninggalkan rumah pada 8 pagi, namun kedua-dua anjingnya kembali semula sekitar 11 pagi tanpa kehadiran tuannya.

“Penduduk kampung segera memulakan pencarian di sekitar kebun dan kawasan berhampiran, namun gagal menemui mangsa,” katanya.

Tambahnya, usaha pencarian diteruskan di sekitar kampung, namun masih belum membuahkan hasil.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) rasmi dilancarkan hari ini melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.


Menurut Muhd Sufyian, pasukan tiba di lokasi pada 12.37 tengah hari selepas menempuh perjalanan sejauh 45 kilometer dan segera mendapatkan maklumat tambahan daripada keluarga serta penduduk kampung.

“Berdasarkan maklumat, pasukan SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menelusuri kawasan dari rumah panjang hingga ke kebun mangsa. Di kebun, pencarian diteruskan melalui tiga laluan berbeza dengan radius operasi sekitar empat kilometer,” katanya.

Tambah beliau, semua anggota dikerahkan secara berperingkat bagi memastikan kawasan yang luas dapat diperiksa.

Katanya, sehingga kini, operasi diteruskan dengan kekuatan 39 anggota dari pelbagai agensi dan penduduk kampung, dengan harapan dapat menjejaki mangsa sebelum senja.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu mempercepat usaha pencarian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai