ARTIKEL

Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 52 tahun rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di lampu isyarat Jalan Canna, Kuching, malam tadi.

Lelaki 52 tahun maut, empat kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Canna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun maut selepas kereta Toyota Vios dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di lampu isyarat Jalan Canna, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian kira-kira 7.59 malam, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kemalangan berkenaan.

“Siasatan awal polis mendapati Toyota Vios dipandu mangsa dari arah lampu isyarat Jalan Stutong menuju ke lampu isyarat Jalan Canna,” katanya dalam kenyataan.

Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 52 tahun rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di lampu isyarat Jalan Canna, Kuching, malam tadi.

Alexson menambah, ketika kejadian, kenderaan itu dipercayai bergerak lurus di lorong kiri sebelum melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V.

Susulan pelanggaran itu, Toyota Vios berkenaan masuk ke lorong kanan dan bergesel dengan bahagian kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BR-V.

“Vios berkenaan kemudian terus merempuh bahagian belakang sebuah SUV Toyota Harrier.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu Toyota Vios, lelaki tempatan berusia 52 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Alexson turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Charlie Aloysius di talian 014-8682068 atau 082-259900.

“Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut berkenaan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke