ARTIKEL

Lelaki Austria pecah rekod dunia berendam dalam ais

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Seorang atlet dari Austria, Josef Koeberl berjaya memecah rekod dunia sebagai orang paling lama berendam dalam ais iaitu lebih dua jam dengan memakai seluar dalam sahaja.

Dia berjaya bertahan selama dua jam, lapan minit dan 47 saat sekali gus mengalahkan pemegang takhta sebelum ini yang juga merupakan ahli sukan iaitu Jin Songhao dari China.

Misi Koeberl ini dilakukan di stesen kereta api utama Vienna dan badannya diselimuti ais dari bahagian bahu sehingga ke kaki.

Sepanjang dua jam suhu badannya dan tahap kesihatannya diawasi oleh pegawai perubatan dari sebuah ambulan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU