ARTIKEL

Tangkap layar dari video tular di media sosial

Lelaki cedera ditikam 11 kali rakan serumah, suspek lari dan terjun dari tingkat lima

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan 11 kesan tikaman di badan dipercayai dilakukan rakan serumahnya di sebuah rumah pangsa di Desa Mentari, Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata kejadian pada 5.45 pagi itu dimaklumkan oleh orang awam menerusi panggilan kecemasan 999 selepas mendapati mangsa cedera dan berlumuran darah di kediamannya di tingkat lima rumah pangsa tersebut.

Beliau berkata polis yang tiba ke lokasi kejadian mendapati mangsa yang dipercayai ditikam terbaring di bahagian ruang tamu rumah, manakala suspek dijumpai juga dalam keadaan terbaring di tingkat bawah selepas disyaki cuba melarikan diri dengan melompat melalui tingkap dapur rumah tersebut.

“Suspek yang terjun mengalami patah pinggang serta cedera di bahagian rusuk kanan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Shahrulnizam berkata dua pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh memberi bantuan awal kepada mangsa serta suspek dan pemeriksaan mendapati terdapat 11 tikaman pada bahagian badan mangsa.

“Mangsa serta suspek telah dirujuk ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut, manakala sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu dirampas. Satu kertas siasatan juga telah dibuka mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu