ARTIKEL

PDRM

Lelaki dengan tangan kanan, kepala terputus ditemui dalam mesin pembancuh simen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM, Selangor: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam mesin pembancuh simen di sebuah kilang membuat batu blok di Seksyen 35 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut pada jam 11.44 pagi daripada orang awam yang memaklumkan terjumpa satu mayat lelaki terapung dalam tangki berkenaan.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati tangan sebelah kanan dari paras siku dan kepalanya terputus.

“Pemeriksaan oleh forensik Selangor juga mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh yang boleh menyebabkan kematian si mati. 

“Mangsa dipercayai terjatuh sendiri ke dalam tangki bancuhan simen dan terkena bilah pembancuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
 
Mohd Iqbal berkata identiti lelaki itu telah dikenal pasti oleh waris melalui pengecaman tatu pada lengan sebelah kiri.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata mayat lelaki berusia lingkungan 50-an itu berjaya dikeluarkan dari dasar tangki berkeluasan 10 kaki tersebut pada 4 petang. – BERNAMA

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

Kanak-kanak lelaki tertusuk besi pagar rumah

MIRI: Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas tangannya tertusuk besi pagar rumah di sini semalam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA