ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki didenda cederakan wanita dalam perselisihan faham

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memukul seorang wanita dalam satu perselisihan faham.

Khairrudin Othman, 39, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa berusia 31 tahun.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Demak Laut, sekitar jam 9.00 malam, 2 Oktober 2025.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, berlalu perselisihan faham antara pengadu dengan tertuduh.

Difahamkan, pengadu telah menampar muka anak lelaki tertuduh berusia 16 tahun yang datang ke rumahnya untuk menjemput adik perempuan pulang ke rumah.

Difahamkan juga, anak tertuduh bersikap kurang ajar terhadap pengadu semasa bertanya tentang menjemput adik perempuannya pulang.

Anak lelaki tertuduh kemudian memaklumkan kepada tertuduh mengenai pengadu yang menampar mukanya.

Kemudian, tertuduh terus bergegas pergi ke rumah pengadu.

Berlaku pertengkaran antara mereka hingga menyebabkan tertuduh bertindak menendang dada pengadu dan berlaku pergelutan antara mereka.

Akibat kejadian itu, pengadu mengalami kecederaan di dada dan bahu.

Laporan polis dibuat untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati tertuduh sengaja menyebabkan kecederaan kepada pengadu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurshafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha