LIMBANG: Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang memancing, di Kampung Pandam Limbang, di sini, hari ini.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang pada 3.13 petang.

“IPD Limbang memaklumkan mangsa, 58, dibaham buaya ketika sedang memancing.
“Saksi kejadian memberitahu ketika tiba di lokasi, hanya barang serta peralatan yang digunakan oleh mangsa dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Setakat jam 4 petang, usaha pencarian giat dijalankan di sekitar kawasan kejadian.
Maklumat lanjut akan dikemas kini sebaik sahaja perkembangan terkini diperoleh.





