ARTIKEL

Seorang lelaki dikhuatiri hilang di hutan ketika keluar mencari katak di Sungai Asau dan Sungai Puyu di belakang Rumah Panjang Puyu, Sebauh, Bintulu. | Foto JBPM

Lelaki dikhuatiri hilang ketika keluar cari katak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang lelaki dikhuatiri hilang di hutan ketika keluar mencari katak di Sungai Asau dan Sungai Puyu di belakang Rumah Panjang Puyu, Sebauh di sini, semalam.

Komander Operasi, Jemat Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.50 petang hari ini dengan menggerakkan dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“BBP Bintulu terima panggilan terus daripada IPD Bintulu berkenaan mangsa Rudy Ranggau,36, dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah lebih kurang jam 5 pagi semalam.

“Pencarian untuk mengesan mangsa dilakukan di sekitar kawasan rumah panjang tersebut dengan konsep L.A.S.T dalam radius pencarian sekitar enam kilometer dari rumah panjang mangsa dan sepanjang sungai tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pencarian ditangguhkan pada jam 5 petang atas arahan pihak polis kerana keadaan hutan yang gelap.

Sehingga kini, mangsa belum dijumpai, operasi SAR akan disambung semula esok hari. — TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha