ARTIKEL

Lelaki dipenjara 15 tahun lakukan amang seksual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak 12 tahun.

Hakim Shafiza Datu Abdul Razak Tready menjatuhkan demikian terhadap tertuduh berusia 24 tahun dalam keputusannya di akhir perbicaraan penuh hari ini.

Tertuduh berusia 24 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017, kerana melakukan amang seksual terhadap mangsa dengan menggesek kemaluan mangsa.

Dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Panchor, Jalan Kuching-Serian, sekitar jam 8.00 pagi, pada bulan November 2022.

Menurut fakta kes, pada 11 September 2024, sekitar jam 3.30 petang, di sebuah Klinik Kesihatan Siburan, pengadu merupakan pegawai perubatan menerima seorang pesakit kanak-kanak berusia 14 tahun.

Kehadiran pesakit tersebut bagi tujuan pemeriksaan mental selepas dirujuk oleh guru kaunselor sekolah.

Semasa sesi pemeriksaan, mangsa memberitahu pengadu bahawa suami kepada sepupunya telah meraba anggota badan dan bertindak cuba menariknya masuk ke dalam bilik dalam satu kejadian dua tahun lalu.

Namun, dia yang ketika itu berusia 12 tahun dalam keadaan trauma sempat melarikan diri.

Pada 12 September 2024, tertuduh berjaya ditangkap di sebuah tapak pembinaan di Jalan Tapah.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah memeluk mangsa dari arah belakang dan kemudian memasukkan tangan ke dalam seluar mangsa dan menggesel kemaluan mangsa dengan tangannya.

Akibat takut dan terkejut , mangsa melarikan diri ke luar rumah setelah tertuduh cuba menarik mangsa ke dalam bilik.

Mangsa kemudian diminta agar merahsiakan mengenai kejadian tersebut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmawi Nur Haqim Mokhtar, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Chai Yuen Hui dan Manisha Kaur Toor.

BERITA LAIN

Lelaki didenda RM3,500 rosakkan motosikal rakan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan didenda RM3,500 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merosakkan motosikal rakannya dengan menendangnya

90 warga Indonesia dihantar pulang melalui Tebedu

TEBEDU: Seramai 90 warga Indonesia yang ditahan di Depot Imigresen Semuja dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu,

BERITA TERBARU

Lelaki didenda RM3,500 rosakkan motosikal rakan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan didenda RM3,500 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merosakkan motosikal rakannya dengan menendangnya

AirBorneo sasar laluan ke Bangkok, Korea Selatan

KUCHING: AirBorneo Airways Sdn Bhd (AirBorneo) merancang memperluas rangkaian penerbangan antarabangsa ke Bangkok, Thailand serta Seoul dan Pulau Jeju di Korea Selatan, dengan sasaran pelaksanaan