ARTIKEL

Tertuduh (baju hijau) dibawa keluar dari Bilik Mahkamah Majistret 1 bersama pesalah lain oleh anggota polis.

Lelaki dipenjara empat bulan, curi wang tabung masjid di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana mencuri wang derma tabung sebuah masjid di Kampung Paya Mebi sebanyak RM80.

Tertuduh, 28, bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nureina Syafika Mohd Najib.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah masjid di Kampung Paya Mebi, Landeh, sekitar 8.15 pagi, 7 Oktober lalu.

Aksi tertuduh menunjukkan simbol ‘peace’ dalam rakaman CCTV.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, dan bagi kesalahan kedua serta berikutnya hendaklah dipenjara dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pengadu lelaki melaporkan pada hari kejadian, sekitar 12 tengah hari, di masjid berkenaan mendapati tabung derma orang ramai dirosakkan.

Setelah diperiksa, semua wang derma di dalam tabung hilang dicuri.

Anggaran kerugian berjumlah sekitar RM80.

Susulan itu, pengadu tampil ke balai polis membuat laporan seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 9 Oktober lalu.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mencuri wang derma orang awam kepada masjid tersebut sebanyak RM80.

Selain itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mempertontonkan aksi dia dengan tidak malu menunjukkan simbol ‘peace’ ke arah kamera terbabit.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU