ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki ditahan dalam kes cubaan gangguan seksual, rakam video wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Polis mengesahkan menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes cubaan gangguan seksual dan merakam video seorang wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom, Kuala Langat baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata lelaki itu ditahan di sekitar Banting dan direman dua hari hingga Khamis.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mengaku bahawa dia adalah individu terbabit sebagaimana dalam rakaman kamera litar tertutup.

“Semakan mendapati, lelaki itu yang tidak mempunyai rekod lampau itu juga mengakui pertama kali melakukan perbuatan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada Isnin, Akmalrizal dilaporkan berkata pihaknya memburu seorang lelaki berkaitan kes rakam dan gangguan seksual di sebuah pasar raya di Jenjarom, susulan laporan kes yang diterima pada 10.36 pagi, 9 Dis lepas oleh mangsa yang juga wanita warga tempatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. — BERNAMA

BERITA LAIN

KDN lulus 225 permohonan kewarganegaraan di Sarawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan sebanyak 225 daripada 722 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di Sarawak bagi tempoh 2024

BERITA TERBARU