ARTIKEL

SUSPEK ketika dibawa ke Balai Polis Saratok, semalam.

Lelaki ditahan miliki syabu seberat 2.34 gram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Kabong, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan hasil maklumat awam yang diterima polis.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek telah membawa kepada penemuan 12 keratan penyedut minuman yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat keseluruhan 2.34 gram.

“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis dari IPD Saratok telah menjalankan pemeriksaan terhadap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas beg silang milik suspek menemukan 12 keratan penyedut minuman yang mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 2.34 gram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya ditahan dan semua barang kes dirampas untuk siasatan lanjut.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan