ARTIKEL

Lelaki ditemui meninggal dunia dalam bilik sewa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditemui meninggal dunia di sebuah bilik sewa di Jalan Stephen Yong Link, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 2.45 petang selepas dimaklumkan tentang penemuan seorang lelaki tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan.

“Pasukan Siasatan Jenayah dari IPD Padawan bersama-sama pegawai perubatan segera ke lokasi dan mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

“Tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut termasuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha