ARTIKEL

Lelaki ditemui selamat selepas dikhuatiri hilang mencari lokan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki ditemui selamat selepas dikhuatiri hilang ketika keluar mencari lokan di sungai Kampung Tabuan Lot, di sini semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan kira-kira jam 9.20 malam.

Pihak bomba bersama penduduk kampung melakukan pencarian di kawasan sekitar Kampung Tabuan Lot.

Katanya, pelapor, ketua kampung tersebut memaklumkan mangsa berumur 24 tahun telah keluar ke sungai seawal jam 5.30 pagi seorang diri dan tidak balik ke rumah sehingga laporan dibuat.

“Setiba di lokasi, pihak bomba mendapatkan butir-butir berkenaan mangsa sebelum melakukan kerja pencarian di kawasan sekitar yang dibantu oleh penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa ditemui dua jam pencarian dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan.

Beliau berkata, setelah pencarian dua jam, mangsa akhirnya dijumpai dalam keadaan selamat tanpa mengalami kecederaan.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 11.45 malam.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU