ARTIKEL

Lelaki ditemui selamat selepas hilang dalam kebun durian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU:  Seorang lelaki ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika masuk ke dalam kebun durian di Long Semuang Belaga, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak (PGOB) memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga ke tempat kejadian.

Sebaik sampai di lokasi katanya, mangsa sudah pun pulang ke rumah selepas diselamatkan oleh abangnya sendiri. 

“Kita hanya mengambil maklumat dan pengesahan serta membuat tinjauan di lokasi mangsa hilang. Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengikut laporan bomba, mangsa pergi ke kebun mencari buah durian namun, pada jarak 200 meter dari jalan utama, lelaki itu terpijak dan terjatuh ke lubang sedalam tiga kaki. 

“Setelah berjaya keluar dari lubang tersebut dia dilaporkan kehilangan jejak laluan asal. Akibat panik dan takut, dia kemudiannya menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha