ARTIKEL

JUMPA…Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Belawai dijumpai hari ini.

Lelaki hilang ketika memukat udang di Pantai Belawai ditemui meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAWAI: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Belawai pada Rabu lalu dijumpai meninggal dunia hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat mangsa dijumpai kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh pada jam 9.48 pagi.

“Jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut ditamatkan pada jam 10.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan hilang ketika memukat udang di kawasan pantai Kampung Tepi Laut, di sini, petang Rabu.

Mangsa yang dikenali sebagai Sabaruddin Awg Kamarudin, 48, dilaporkan hilang selepas dilihat tenggelam dengan tangannya terkapai-kapai meminta tolong.

Pencarian mangsa dijalankan menggunakan kaedah ‘water surface searching’ dalam radius tiga kilometer dari lokasi mangsa dikhuatiri jatuh.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,