ARTIKEL

Lelaki homoseksual didenda kerana rakam video remaja buang air besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gara-gara merakam video seorang remaja lelaki yang sedang membuang air besar berdurasi 18 saat di dalam tandas awam, seorang lelaki homoseksual didenda RM2,500 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Raychai Darak, 29, pekerja kedai makan mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengaibkan kehormatan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dengan cara merakam video menggunakan sebuah telefon pintar jenama Iphone ketika sedang membuang air besar di dalam sebuah tandas awam di pusat beli belah terkemuka di sini, sekitar jam 1.19 petang, Isnin lalu.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa merupakan penuntut di sebuah institusi kemahiran sedang membuang air besar terlihat satu tangan memegang telefon pintar mengambil gambar atau merakam videonya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha