ARTIKEL

Lelaki kurang siuman bakar kereta sendiri di Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak di luar kawalan apabila membakar kereta yang dinaiki di Jalan Nyelong di sini, hari ini.

Kejadian mengemparkan itu mengakibatkan kenderaan pelbagai guna ( MPV) Toyota Kijang yang digunakan oleh lelaki terbabit musnah sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Supritendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, ketika kejadian kira-kira 9.20 pagi itu lelaki terbabit bersama rakannya yang memandu kereta terbabit dalam perjalanan pulang ke Indonesia.

“Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian lelaki itu tiba-tiba mengambil mancis sebelum bertindak membakar kereta berkenaan.

Beliau berkata, mangsa terselamat apabila sempat keluar dari kenderaan tersebut.

Polis katanya, sudah mengambil keterangan mangsa dan merujuk kes terbabit kepada pihak Hospital Sarikei sebagai tindakan susulan.

“Hasil siasatan, rakan lelaki itu ingin menghantar suspek berjumpa keluarganya di Indonesia. Kedua-duanya dipercayai dalam perjalanan dari Sibu.

“Kita juga masih menunggu ahli keluarga untuk mengambil lelaki ini di Balai Polis Sarikei. Kenderaan yang dibakar oleh lelaki tersebut mempunyai nombor pendaftaran dari Indonesia,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, seramai 11 anggota dari Balai Sarikei bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada orang awam.

Katanya, ketika pasukan bomba tiba di lokasi tersebut, api didapati marak membakar di bahagian dalam kereta terbabit.

“Usaha memadam kebakaran tersebut telah berjaya dilakukan dalam tempoh 25 minit,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu