ARTIKEL

Lelaki lepak ditahan, rakan lari bertempiaran diserbu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Sekumpulan lelaki yang sedang lepak di hadapan Dewan Kampung Serasot lari bertempiaran apabila diserbu anggota polis kelmarin.

Bagaimanapun hanya seorang lelaki yang gagal melarikan diri berjaya ditahan dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah (KPD) Bau DSP Poge Nyaon berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah melakukan serbuan hasil dari maklumat orang awam mengatakan terdapat orang berkumpul di tempat tersebut.

Katanya, suspek gagal memberi alasan yang munasabah kerana duduk berkumpul dan telah melanggar syarat PKPB.

“Semasa sampai di tempat tersebut, kesemua mereka bertempiaran melarikan diri dan seorang lelaki Bidayuh telah berjaya ditahan.

“Lelaki tersebut dibawa ke IPD Bau dan dikenakan kompaun,” katanya dalam kenyataan media.

Pada hari yang sama dua lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya di KM 18 Jalan Bau/Batu Kawa.

Suspek gagal memberikan alasan yang munasabah dan tidak mempunyai surat kebenaran daripada pihak polis kerana pergerakan keluar daerah.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha