ARTIKEL

Lelaki lolos lokap Balai Polis Tapah dipenjara setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara satu tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah, 12 Jun lalu.

Tertuduh Kelvin, 23, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia melarikan diri daripada tahanan polis, kira-kira jam 12.40 tengah hari, 12 Jun lalu.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu merupakan anggota polis hendak memberi makan tengah hari kepada Orang Kena Tahan (OKT), namun tiba-tiba dirempuh oleh dua orang OKT bernama Kelvin dan Bony hingga menyebabkan dia terjatuh.

Kedua-dua OKT terus meluru ke arah pintu utama balai polis lalu melarikan diri.

Pada 15 Jun lalu, Kelvin berjaya ditangkap semula di sebuah kolam pancing Batu 22, Tapah, manakala Bony masih bebas dan sedang diburu pihak berkuasa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Penunggang motosikal maut rempuh kenderaan polis

ALOR GAJAH, Melaka: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas dipercayai merempuh kenderaan polis yang sedang menjalankan rondaan Op Cegah

BERITA TERBARU