ARTIKEL

MAUT… Lelaki berusia 26 tahun maut dalam kemalangan dengan sebuah lori simen di Jalan Pelabuhan di sini malam tadi.

Lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Pelabuhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Detik cemas di sebuah persimpangan bertukar tragedi apabila seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen di Jalan Pelabuhan di sini malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Tahir Tuah berkata kejadian berlaku sekitar jam 9.50 malam melibatkan perlanggaran di persimpangan berkenaan sebelum mangsa terjatuh dan berada di bawah kenderaan berat tersebut.

“Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Ramfullah Dahan, 26 tahun, maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Tahir, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut termasuk siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Terdahulu, katanya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya yang bergegas ke lokasi mendapati mangsa berada di bawah lori dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pasukan perubatan yang turut berada di tempat kejadian mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia di lokasi.

“Pasukan bomba seterusnya menjalankan kerja pembersihan sisa minyak di atas jalan bagi memastikan laluan selamat digunakan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.10 malam,” jelas beliau.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU