ARTIKEL

Lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Rock

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan meninggal dunia akibat kecederaan setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Rock, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian itu.

“Mangsa, berumur 24 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 5.40 pagi,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut sumber, terdahulu kejadian berlaku apabila kereta dipandu mangsa terbabas lalu melanggar dinding bahagian luar bangunan syarikat pengedar kereta.

Orang ramai dan pekerja stesen minyak berhampiran bergegas ke arah mangsa dan memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Mangsa dikeluarkan dari kereta sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan