ARTIKEL

Lelaki maut dihempap tangki septik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Malang tidak berbau bagi seorang lelaki pekerja am apabila mangsa dihempap tangki septik di Kem Pembinaan Kabel Sesco, Mapai di Kanowit semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, ketika kejadian, pemandu jengkaut sedang memindahkan tangki air ke lori yang tiba-tiba tangki itu jatuh menghempap mangsa dikenali sebagai Agus Setiawan, 19, seorang warganegara Indonesia.

“Mangsa ketika itu berada berhampiran dengan jengkaut untuk bersama-sama membantu memindahkan tangki air berkenaan.

“Rakan-rakannya cuba untuk mengeluarkan mangsa namun mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Ling Hii, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dengan kekuatan tujuh anggota yang diketuai oleh PBKII Labang Bunsu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

MAUT … Mayat mangsa diangkat oleh anggota bomba di Kanowit semalam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat