ARTIKEL

Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan.

Lelaki maut, dirempuh kereta hilang kawalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika berdiri di bahu jalan menunggu bantuan rakan sekerja di Jalan Pan Borneo berhampiran Bukit Song, Miri pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, sebelum kejadian mangsa yang memandu kenderaan jenis Isuzu D-Max terbabas sendiri ke bahu jalan sebelum keluar dari kenderaan untuk menunggu bantuan.

Kereta jenis Toyota Hilux Double Cab dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar mangsa.

“Ketika sedang berdiri di bahu kiri jalan, mangsa dirempuh sebuah Toyota Hilux Double Cab yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

“Kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Mohd Faizul Ab. Rahim di talian 014-8582582 atau 085-430479 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Farhan turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya, khususnya ketika melalui laluan berbukit dan licin semasa hujan di kawasan Jalan Pan Borneo Bukit Song yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha