ARTIKEL

Lelaki maut guna telefon bimbit yang sedang dicas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Seorang penghantar barangan ditemukan maut, disyaki akibat terkena renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas ketika rumahnya dinaiki air banjir di Kampung Padang Jawa, Klang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki tempatan berusia 24 tahun itu oleh orang awam pada jam 6.11 petang di sebuah rumah lot satu tingkat di kawasan berkenaan.

“ Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap, memakai kemeja-T tanpa lengan berwarna biru gelap dan seluar pendek hitam.

“Siasatan awal mengesyaki mangsa terkena renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas ketika rumah dinaiki air banjir,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau kecederaan luaran.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat,” tambahnya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 016-9537372 bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, seorang lelaki warga Sri Lanka dilaporkan maut bersama seekor anjing, dipercayai akibat renjatan elektrik di sebuah stor menyimpan barang-barang pembinaan di Taman Alam Indah, Seksyen 25, Shah Alam.– BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha