ARTIKEL

MAUT… Lelaki terjatuh dari jambatan disahkan meninggal dunia.

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini.

Komander Operasi PBK II Mohd Nizam Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.03 petang dan mengerahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi.

MAUT… Lelaki terjatuh dari jambatan disahkan meninggal dunia.

“Menurut pengadu, lelaki berusia 34 tahun terbabit dipercayai lemas dan berjaya dinaikkan ke tebing sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Nizam, sejurus tiba di lokasi pasukan mendapati mangsa telah berada di tebing sungai dan dalam tidak sedarkan diri.

“Menurut dua saksi yang kebetulan memancing di bawah jambatan, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dari jambatan berkenaan.

“Salah seorang saksi bertindak terjun ke sungai untuk menyelamatkan mangsa dan dibawa ke tebing dalam keadaan tidak sedarkan diri serta disahkan meninggal dunia pada jam 2.58 petang,” katanya.

Ujarnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 3.20 petang,” tambahnya.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang