MIRI: Seorang lelaki maut terlibat dalam kemalangan membabitkan kereta dan sebuah bas ekspres di Jalan Pan Borneo, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner, Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan hari ini berkata, akibat insiden itu, mangsa berusia 46 tahun yang memandu Proton Saga cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, Klinik Kesihatan Niah.

“Kesan kemalangan tersebut menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan bas manakala kenderaan Proton Saga mengalami kerosakan teruk pada bahagian badan sebelah kanan kenderaan terbabit,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan laporan polis tersebut, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu katanya, polis menasihatkan para pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah-langkah pemanduan berhemah semasa berada di jalan raya.



