ARTIKEL

Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori simen yang terbalik di dalam gaung.

Lelaki maut, lori simen terbabas ke dalam gaung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seorang lelaki maut selepas lori simen yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Jalan Pantu, di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia oleh paramedik selepas dikeluarkan dari lori berkenaan.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada jam 4 petang dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik.

“Jasad mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 12.38 tengah hari sebelum pasukan dari BBP Sri Aman dikerahkan ke lokasi.

Bagaimanapun, katanya, jentera bomba tidak dapat memasuki lokasi kejadian, menyebabkan anggota bergerak ke kawasan berkenaan menggunakan kenderaan pikap milik pihak ladang.

Mengulas lanjut, beliau berkata pasukan bomba mendapati lori simen yang dipandu mangsa terbalik di dalam gaung, manakala mangsa tersepit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan dengan bantuan dua jengkaut milik syarikat ladang terbabit.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kerjasama Jepun-Sarawak perkukuh pemulihan hutan

SIMUNJAN: Kerjasama Sarawak dengan Jepun dalam pemuliharaan hutan hujan tropika terus diperkukuh apabila syarikat Jepun, SANKYU INC., komited menanam sebanyak 20,000 pokok dalam tempoh 10