ARTIKEL

Lelaki maut motosikal langgar tiang elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas lalu merempuh tiang elektrik di Jalan Daiken, Tanjung Kidurong, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.25 pagi itu, mangsa yang berusia 28 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata ketika kejadian, mangsa  sedang bergerak dari arah pusat bandar menuju ke Sungai Plan.

“Siasatan awal mendapati apabila sampai di satu laluan lurus, motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas serta merempuh tiang elektrik di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat  diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya.

Kes  disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke