ARTIKEL

NAHAS… Nelayan berusia 42 maut dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Gerigat–Nyabor, malam kelmarin.

Lelaki maut, seorang cedera dalam kemalangan di Kabong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 1, Jalan Gerigat–Nyabor, malam kelmarin.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ramlan Othman, 42, seorang nelayan dari Kampung Gerigat, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta yang melarikan diri selepas melanggar mangsa.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu sekitar jam 12.30 tengah malam tadi sebelum pasukan polis dikerahkan ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 10.25 malam, apabila motosikal jenis Yamaha ditunggang seorang lelaki berusia 33 tahun, dalam perjalanan ke Kampung Nyabor, melanggar sebuah motosikal Honda yang rebah melintang di atas jalan.

“Ramlan yang menunggang motosikal Honda berkenaan terbaring di atas jalan disyaki dilanggar lari oleh sebuah kenderaan lain sebelumnya,” kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Mathew, penunggang motosikal Yamaha yang bekerja sendiri dalam sektor perladangan, mengalami kecederaan di kepala dan tangan kanan dan kini dirawat di Klinik Kesihatan Nyabor.

“Kenderaan ketiga yang disyaki terlibat masih belum dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan berbahaya.

“Polis kini giat mengesan pemandu kenderaan yang terlibat dan meminta mana-mana saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan,” jelas beliau.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha