ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail (Gambar fail)

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat Tiga Ketika Cuba Ambil Bola Pikel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan ketika cuba mengambil bola pikel dalam insiden di Pudu di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata sebelum kejadian, mangsa yang  berumur 32 tahun itu bermain bola pikel di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Beliau berkata mangsa kemudian memanjat pagar di tepi gelanggang untuk mengambil bola sebelum terjatuh ke tingkat bawah.

“Polis menerima laporan mengenai kejadian pada 9.43 malam, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan berasingan, Mohamad Lazim memaklumkan seorang lelaki berusia 77 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah kediaman di Setapak pagi tadi.

“Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian pada 8.01 pagi,” katanya.

Beliau berkata mangsa ditemukan di bahagian belakang pondok pengawal dalam keadaan terlentang dan kes diklasifikasikan sebagai SDR. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU