ARTIKEL

Suspek yang mencurigakan itu ditahan oleh unit MPV.

Lelaki mempunyai 6 rekod jenayah ditahan, miliki dadah syabu di Kota Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun telah ditahan oleh polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu di Kampung Tanah Putih di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin, berkata tangkapan tersebut dibuat oleh sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kota Samarahan sekitar jam 2.00 petang.

Menurutnya, anggota Unit MPV yang sedang bertugas telah menahan sebuah kenderaan jenis Proton Satria kerana kelihatan mencurigakan di tepi jalan.

Dadah jenis syabu seberat kira-kira 12 gram ditemui dalam beg sandang suspek.

“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek mendapati satu paket plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu, seberat kira-kira 12 gram, disimpan di dalam beg yang disandang oleh suspek.

“Suspek yang merupakan seorang penganggur telah dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk siasatan lanjut,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jaimi berkata, ujian air kencing yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik mendapati suspek positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin.

Tambahnya, siasatan mendapati lelaki tersebut mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Sementara itu, katanya, nilai rampasan syabu dianggarkan berjumlah RM1,320.

“Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

“Suspek akan direman untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha