ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki mengaku bersalah miliki syabu didenda RM2,900 atau penjara enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman denda RM2,900 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki 0.04 gram syabu di hadapan sebuah rumah di Kampung Siburan, lima tahun lalu.

Roney Mang, 38, dari Kampung Batu Gong itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama, kerana memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.04 gram.

Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu di hadapan sebuah rumah di Kampung Siburan, sekitar 10.20 pagi, 22 Oktober 2020.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan polis membuat satu tangkapan ke atas tertuduh yang berada di hadapan sebuah rumah kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti dadah.

Hasil pemeriksaan, mendapati satu paket lut sinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu di dalam beg silang milik tertuduh.

Siasatan lanjut mendapati laporan dari Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan barang kes ialah dadah jenis methamphetamine seberat 0.04 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmawi Nur Haqim Mokhtar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan