ARTIKEL

Tertuduh dibawa anggota Imigresen keluar dari bilik Mahkamah Tinggi hari ini.

Lelaki Mengaku Salah Angkut Lima Migran Dipenjara Dua Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini, kerana mengangkut lima orang migran masuk ke Sarawak menggunakan sebuah kereta jenis Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Mei tahun lalu.

Tertuduh 38 tahun mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Faridz Gohim Abdullah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, kerana mengangkut lima orang migran lelaki berusia 20 hingga 38 tahun dari Indonesia.

Dia didakwa mengangkut migran tersebut menggunakan sebuah kereta jenis Naza Citra di hadapan sebuah rumah di Batu Kawa, sekitar 5.55 petang, 7 Mei lalu.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan pegawai Imigresen mengetuai pasukannya dalam Ops Serkap melihat sebuah kereta jenis MPV di hadapan sebuah rumah dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan dilakukan mendapati tertuduh yang memandu kenderaan tersebut membawa lima orang warga asing.

Berdasarkan carian yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, terdapat rekod kemasukan lama untuk migran lelaki bernama Rido pada 14 Ogos 2024.

Dia didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63, kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh masa.

Sementara itu, empat lagi didakwa di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63, kerana masuk ke negara ini tanpa permit.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mengangkut migran menggunakan sebuah kereta.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kong Siew Chuo, manakala tertuduh diwakili Peguam Steven Beti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke