ARTIKEL

Gambar hisan | Freepik.com

Lelaki miliki nospan didenda RM1,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memiliki nospan seberat 1.46 gram, dua tahun lalu.

Fazzilah Othman, 38, dari Kampung Asajaya Laut mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 9(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 32 (2) akta yang sama.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis menahan seorang lelaki di tepi jalan Lorong Tabuan Park kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, kira-kira jam 4 petang pada 23 Julai 2022.

Semasa pemeriksaan, pihak polis menemui satu paket plastik berisi 10 biji pil nospan yang berada dalam milikan tertuduh.

Barang kes bagi kedua-dua kejadian telah dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia dan laporan mengesahkan pil tersebut mengandungi Dextromethorphan yang
merupakan racun terkawal kelas pertama seperti yang termaktub dalam Akta Racun 1952.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi, manakala tertuduh tidak diwakili diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i