ARTIKEL

SUSPEK… Suspek yang nekad terjun bangunan untuk melarikan diri daripada polis.

Lelaki patah kaki terjun bangunan, cuba lolos dicekup polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki berusia 32 tahun patah tumit kaki selepas cuba melarikan diri daripada polis dengan terjun dari bangunan kedai di Desa Ilmu, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin berkata, tangkapan tersebut dilakukan oleh pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kota Samarahan.


“Serbuan dijalankan sekitar 10.30 pagi di sebuah bilik sewa di tingkat tiga bangunan rumah kedai tersebut, yang disyaki digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah.


“Pasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Jasni Nimos mengetuk pintu bilik berkenaan untuk pemeriksaan, namun tiba-tiba mereka terdengar bunyi dentuman kuat dari luar bangunan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurut Damataries, pasukan polis segera bergegas ke bawah dan menemui lelaki terbabit terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan.


Pemeriksaan awal katanya, mendapati dia mengalami kecederaan pada kedua-dua pergelangan kaki, lutut dan tapak tangan kiri.

Suspek kemudian dibawa ke pejabat BSJND untuk siasatan lanjut dan ujian saringan awal mengesahkan dia positif dadah jenis amphetamine/ methamphetamine.


“Suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Hasil pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Kota Samarahan mendapati suspek mengalami patah tulang pada kedua-dua tumit kaki dan dia akan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (SGH) untuk rawatan lanjut,” jelas beliau lagi.


Tambah Damataries, suspek mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak awal 2023 dan memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki yang tidak dikenali di Kampung Tanjong Bundong.


Polis kini giat mengesan pembekal dadah tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha