ARTIKEL

Mahkamah Sesyen, rompak, gelang emas, buruh, Pasir Puteh, Kelantan
Gambar Hiasan

Lelaki salah guna dadah dipenjara 12 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang lelaki tempatan kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Muhammad Ryann Hidayat Abdullah, 24, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Alwi.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama kerana terlibat dalam pengambilan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Dia mengaku melakukan kesalahan itu ketika ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID) Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuching sekitar jam 1.00 pagi pada 4 Oktober lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan diletakkan di bawah pengawasan serta-merta bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Selain itu, tertuduh juga diperintahkan diletak bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Berdasarkan fakta kes, ketika ditahan di IPD Kuching, ujian saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Kemudian sampel air kencing dibawa ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak, dan laporan mengesahkan tertuduh positif dadah amphetamine dan methamphetamine.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, ASP Arman Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu