ARTIKEL

TAHAN…Suspek berjaya ditahan bersama-sama motosikal curi.

Lelaki samun kedai 24 jam di Muara Tebas direman enam hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun menggunakan senjata tajam di sebuah kedai runcit 24 jam dekat Muara Tebas 30 Mac lalu berjaya ditahan, 6 April lepas.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 21 tahun ditahan sekitar 4 petang.


“Anggota polis berjaya menahan suspek di kawasan Demak Laut, Jalan Bako dan merampas motosikal curi yang dilaporkan hilang di Kota Samarahan yang digunakan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurut Merbin, hasil soal siasat awal ke atas saspek mengaku terlibat dalam kes ini dan semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau.


Tambah Merbin, ujian saringan awal lelaki tersebut didapati positif dadah.


“Dia kini ditahan reman selama enam hari sehingga 14 April 2025. Soal siasat lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti rakan sejenayah yang masih bebas dan pelibatan suspek dalam lain-lain kes.


“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 20 tahun, dan boleh juga dikenakan sebatan,” katanya.


Beliau turut mengalu-alukan masyarakat sekiranya mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Ridzainuddin Rosley Abdullah di talian 0109431449.


Masyarakat juga boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan orang yang mencurigakan di sekitar kawasan berdekatan dengan menghubungi pusat kawalan IPD Kuching di talian 082-24444.


Dalam kejadian itu, Merbin berkata, satu kes rompakan samun bersenjata tajam berlaku di kedai tersebut melibatkan tiga suspek lelaki sekitar 8.30 malam.


Berdasarkan laporan pengadu katanya, pembantu kedai berusia 27 tahun didatangi oleh tiga lelaki yang membawa senjata tajam.


“Salah seorang suspek mengacukan senjata ke arah mangsa dan bertindak mengambil duit di kaunter sebanyak RM2,950 sebelum melarikan diri,” katanya.


Susulan kejadian, laporan polis dibuat dan hasil maklumat yang diperoleh membawa kepada penahanan salah seorang suspek, Ahad lalu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan