ARTIKEL

SELAMAT… Mohd Zulfika dalam keadaan selamat selepas terkandas dalam hutan di Kampung Semariang akibat fenomena air pasang besar, malam tadi.

Lelaki selamat daripada dihanyut arus, berpaut pada pokok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki terpaksa berpaut pada pokok untuk menyelamatkan diri daripada dihanyut arus, susulan terkandas dalam hutan di Kampung Semariang akibat fenomena air pasang besar, malam tadi.

Menurut Komander Operasi PBK II KUP Amat Abdul Rahman, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Zulfika, 33, telah masuk ke hutan untuk mengambil kayu pada jam 12 tengah hari dan terkandas akibat air pasang besar. 

“Kami menerima panggilan sekitar jam 7.27 malam berhubung kejadian dan telah menggerakkan pasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Sejurus tiba, Amat berkata, menurut laporan penduduk kampung, Mohd Zulfika dapat dihubungi dan memakumkan dia telah memanjat pokok tinggi bagi menggelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya lagi, pasukan bomba membuat penilaian risiko terlebih dahulu dan telah membuat perbincangan bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Ketua Kampung.

“Setelah perbincangan, kami bertindak menyelamatkan mangsa yang terkandas di seberang sungai dengan menggunakan bot penduduk kampung. 

“Dia juga telah dibawa oleh penduduk kampung ke seberang sungai dalam keadaan selamat dan tiada mengalami kecederaan. 

“Kami juga telah menyerahkan Mohd Zulfika kepada pihak keluarga dan operasi ditamatkan pada jam 8.25 malam,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha