ARTIKEL

Barang rampasan disyaki dadah yang dirampas dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah pondok di kawasan Lusut pada 3 September lalu

Lelaki tempatan dicekup di Lusut, edar dadah bernilai RM850

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki warga tempatan ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok di kawasan Lusut di sini kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah pada 3 September lalu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, penahanan suspek yang berusia 26 tahun itu dibuat oleh pasukan serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Hasil pemeriksaan dan serbuan, pihak polis telah menahan seorang lelaki serta merampas dadah jenis Methamphetamine.

“Jumlah kesemua barangan rampasan yang disyaki dadah itu beranggaran berat 7.60 gram bersamaan dengan RM850,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bahawa suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan, dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelasnya, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih lima tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara tiga hingga sembilan kali sebatan.

Pada masa sama, beliau menasihatkan masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling dan melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran agar ia dapat dibendung dan dibanteras bersama.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha