ARTIKEL

Lelaki tempatan dipenjara 7 tahun, 10 sebatan miliki ganja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memiliki ganja seberat 197.9 gram, Februari lalu. 

Mohd Nurazrul Muntil mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff.

Mengikut pertuduhan, dia memiliki bahan terlarang itu dalam sebuah kereta jenis MPV di hadapan sebuah pasar raya mini di Galacity, sekitar jam 6.50 petang, 2 Februari lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan boleh dikenakan tidak kurang daripada sepuluh sebatan.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak telah menahan seorang lelaki dalam sebuah kereta kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti dadah.

Hasil pemeriksaan ke atas badan tertuduh menjumpai satu paket balutan plastik berisi ketulan mampat daun kering dipercayai ganja dengan berat kasar 30 gram dalam poket hadapan tertuduh.

Seterusnya, pihak polis membuat pemeriksaan atas lantai tempat duduk penumpang menjumpai kotak segi empat bertutup berisi satu balutan plastik mengandungi ketulan daun mampat kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat kasar 236 gram.

Tertuduh kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Hasil laporan kimia mengesahkan bahawa barang kes merupakan dadah  jenis ganja seberat 197.9 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Mohamad Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli